Rabu, 16 April 2014

cara menyepak bola

3 cara asas menendang bola

Video ini menunjukkan 3 cara asas (ada lagi teknik yg tidak ditunjuk), iaitu instep pass, chip & shot.

Gambar di atas menunjukkan bahagian kaki yg perlu di gunakan utk instep pass/drive (drive bermaksud tendangan yg lebih kuat), shot (tendangan kuat yg sesuai semasa membuat cubaan ke arah gol atau hantaran jauh) dan outstep kick (tendangan lencongan keluar) yg tidak dijelaskan dalam video ini.


Kesemua tendangan perlu disertakan dengan LBF! Jangan lupa LBF!!

a) Lock your ankle - Betis dan kaki anda dikunci dalam kedudukan 90 darjah. Tiada pergerakan di bahagian pergelangan kaki.

b) Bend your knee - Bengkokkan sedikit lutut. 
c) Follow through - Hayunkan kaki dan jangan hentikan pergerakan walaupun setelah bersentuhan dgn bola.

Teknik 1 (Bermula dari minit 1:00 dlm video) - Instep pass


1) Tendang menggunakan sebelah dalam kaki di bahagian hijau. Cuba tendang bola di bahagian lekuk yg ada pada kaki anda. Jangan tendang dengan hujung but (jari kaki) kerana bola akan naik dan hilang kekuatan tendangan. 

2) LBF.



Teknik 2 (mula pada minit 2:10) - Chip atau hantaran tinggi

1) Sama juga seperti instep drive iaitu tendang di bahagian hijau kaki, tetapi kali ini gunakan bahagian depan but (jari kaki anda). 

2) Jangan lupa LBF. 

Tip tambahan utk membuat tendangan chip adalah;

3) Lock ankle anda dlm keadaan hujung jari anda terangkat sedikit.

4) Lean back - Kedudukan badan seperti menyandar semasa tendangan dibuat untuk membuat hantaran tinggi (chip).



Sekiranya dilakukan dgn baik, bola akan mengalami back-spin (bola berputar dlm arah yg bertentangan dgn pergerakannya) yg akan membantu meninggikan kedudukan bola.

Teknik 3 (mula pd minit 4:00) Shot atau tendangan kuat

1) Gunakan bahagian kaki berwarna merah.

2) Bengkokan kaki sejauh yg boleh (lihat kedudukan kaki pd gambar di bawah)

2) Letakkan kaki sokongan (kaki yg tidak menendang) lebih jauh sedikit dari biasa. Dalam gambar di bawah, dinyatakan kaki sokongan perlu 1.5 kaki jauhnya dari bola, ini benar utk orang dewasa. Utk kanak2 ia dekat sedikit bergantung kpd ketinggian kanak2 tersebut.

3) Kawal ketinggian hantaran dengan memilih bahagian kaki manakah yg bersentuhan dgn bola. 


Utk bola tinggi, gunakan bahagian hampir dgn jari kaki dan lean back. 

Utk bola rendah, gunakan bahagian yg semakin hampir dgn pergelangan kaki dan tundukkan badan semasa membuat tendangan.

4) LBF!!

PALING PENTING anda perlu ingat cara utk mendapatkan tendangan yg baik adalah dgn berlatih berulang2 kali. Perhatikan pergerakan bola pada setiap kali dan ubah teknik anda utk mendapatkan jenis tendangan mana yg anda mahukan.

Selamat mencuba!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar